Saturday, October 13, 2012

Al,muntahi (bag 11 )

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله

21.  Yakni yang asalnya tidak berwarna dan tidak berupa. Segala rupa yang dapat dilihat dan dapat dibicarakan, sekelian makhluk jua pada ibaratnya. Barangsiapa menyembah makhluk, ia itu musyrik (menyekutukan Allah), seperti menyembah orang mati,  jantung dan paru-paru, sekelian itu berhala jua hukumnya. Barangsiapa menyembah berhala, ia itu kafir…. kami berlindung dengan Allah daripadanya, Allah yang lebih mengetahui.
22. Jika demikian mengapa memandang seperti ombak dan laut?  (padahal kedua-duanya esa jua).
23. Seperti kata syair:
Bekas kaca dan hening air minuman
Maka serupa kedua-duanya  dan sebagai pekerjaannya
Maka sanya minuman tiada dengan piala
Dan bahawa piala tiada dengan minuman.
Yakni warna kaca dan warna minuman esa jua, warna minuman dan kaca begitu jua, tiada dapat dilainkan.
Seperti kata syair:
Asalnya satu jua warnanya berbagai-bagai
Rahsia ini bagi orang yang tahu jua dapat memakainya.
Dan lagi syair:
Berahi dan yang berahi dan yang diberahikan itu ketiga-tiganya esa jua
Sini apabila pertemuan tiada lulus, perceraian di mana kan ada?

Enhanced by Zemanta

No comments: